Sunday 27 October 2013

BIRTHDAY PILLOW - CUSTOMIZED SIZE

Chak ! Assalaamualaikum.

Ni order birthday pillow dengan tema classic dan cute. Owner tak suruh buat tema pun, dia suruh suka hati saya. So, saya buat lah tema ni.

Katanya pun nak yang comel-comel dengan bantal merah tulisan pink. Nak bagi cewek lettewww. Hehehe. Atotototooo baiknyaa diaaa. Hehehe

Okay dah, kang melalut menjauh kelaut nuh...

Sila layan progress dan gambar di bawah yaa...


Beliau request bantal 40cm. Saya potongkan almost 43cm.




Abaikan burung hantu tu. Haha


Fenin macam mana nak susun belon banyak ni biar cantik. Saja gatal potong banyak2 kannn. Haaa. Fikirrrr.


Okay. Keputusan muktamad. Masa menjahit 'tali' belon.



Sesi menjahit kelilingnyaaaa. Kesabaran diperlukan yaa.


handmade paper flower by MOMOYO


Siappp! Sekejap je kalau tak bergerak dari tempat menjahit. Haha

Sebarang order atau pertanyaan boleh hubungi saya 0111 4382308 ya :)

10 PCS MUSLIMAH NURSING KEYCHAINS - CUTE AND SWEET

Assalaamualaikum. Salam isnin.
Oh. Monday Already. Hehehe

Macam biasa, weekend adalah masa menjahit saya. So weekend hari tu saya siapkan 2 order ringkas iaitu MUSLIMAH NURSING KEYCHAINS dan BIRTHDAY PILLOW (CUSTOMIZED SIZE)

Entry ni untuk keychains, bantal pulak next entry yaa... Harga keychains? NEGO  bergantung kuantiti ya... Jangan risau :)

Tak nak celoteh panjang-panjang, so saya nak tayang progress nyaa...

Layaannn...


Mula-mula potong kain macam ni. Beliau request 5 warna pink dan 5 lagi mixed warna. Ya. Ya. Ya. I know nampak macam sutun (sotong) kurita kannn. Hahaha


Pastu mula potong mukanya dan anak tudung. Mix and match warna yang menarik.


Kendian (kemudian) buatkan logo Medic tu untuk menunjukkan seorang nurse. Eh, jangan gamkan lagi tauu. Nak kena jahit mata dan mulut. Nanti gam terus keras lak.


Haaa. ni sesi menjahit mata. Kelip-kelip.


Jangan lupa put a smile on her face. Baru comey. Haha.


Next sesi lekat melekat. Biar boleh jadikan keychain!


Taraaaa. One down. 9 more to go.


Siap! Dan tuannya pun sangat menyukainyaa. Yeahhh.



Oh ya, Sebarang order atau pertanyaan boleh hubungi saya di 0111 4382308 ya. Tanya jer saya tak ngappp. Hehehe

Terima kasih semua :)

# Nantikan entry mengenai Birthday pillow yaaa

Thursday 24 October 2013

CUSTOMIZED SIZE PILLOW - DONE!

Assalaamualaikum.
Alhamdulillah siap jugak bantal customized size yang di order walaupunn berlaku sedikit kekeliruan tarikh yang sepatutnya di pos. 

Sekiranya kesalahan tersebut berda di pihak saya, harap dimaafkan. Dan begitulah sebaliknya yaa. 

So sini saya nak tayang kerja-kerja menyiapkan order ni.

Buat dalam kelam kabut, so harap hasilnya memuaskan cik WAN SYAZMIRA. Sebab saya selalu menekankan kepada para pelanggan supaya memberikan masa yang flexible atau mencukupi untuk saya siapkan tempahan dorang - biar hasilnya juga memuaskan. Insyallah.

Klik sini untuk lihat progress sebelum siap.




sesi lepas kita potong kain, ini masa untuk menyusun dan touch up!




Then jahit keliling sebelum letak kapas. Saya menggunakan teknik insang pari. Rasanya semua pakai teknik ni kan? Mudah dan sharp.


Lepas jahit pun saya still ukur untuk pastikan saiz dia memang betul. Hehehe


Ini zoom in sikit pasal teknik jahitan yang saya gunakan. Kemas takkkk? Hahaha


Okay taraaa. Siap dan dah di pos :)

Sebarang soalan atau order boleh hubungi saya di talian 0111 4382308 
(saya prefer whatsapp)

Terima kasih.



Tuesday 22 October 2013

SSHHH...PROGRESS!

Assalaamualaikum.
Hari ni sesaja je nak tayang progress of
CUSTOMIZED SIZE PILLOW!

Customer order saiz 42CM x 28CM
dengan 6 jenis warna berbeza dan edisi tulisan yang sama
pertambahan request design bunga dan butterfly.

Harga : 42cm = RM42 (RM1 untuk setiap 1cm)
darab 6 biji = RM252
Postage rate : RM20 (ukur x timbang)
Total : RM272

HARGA YANG DIBERIKAN : RM 250 SHJ

nampak tak diskaun rate saya kasi? kan dah cakap saya tak berkira :P

Order ni sepatutnya dipos pada ISNIN, 28hb OCT  2013 mengikut jadual tetapi customer nak lebih awal pada KHAMIS minggu sebelumnya.
Alamak, maaf laa memang tak sempat nak sibukkan diri menukar jadual sebab saya menggunakan FIRST COME FIRST SERVE atau FIRST IN FIRST OUT.

Siapa bank in dulu saya dahulukan dia punya tak kira susah ke senang kes yang perlu diselesaikan tu...

Tapi memandangkan katanya nak guna sangat on 28hb, terpaksalah saya buatkan jugak.Jadi cik kena sabar supaya saya tak kalut sampai melalut. Hehehe. Insyallah paling awal pun JUMAAT akan dipos. So semalam baru pulun buat sampai kremmm jari. 4 hari langkau jadual nih.... Hahaha
Hope sampai pada masanya. Aminnn.

So di bawah adalah antara progress yang sedang dibuat....


Potong kelopak bunga banyak-banyak dan butterfly. Tiada acuan, hanya eye draw. Handcut. Sebab tu cam senget2 sikit. Hihihi. Kalau tak, tak panggil lah 100% handmade items kannn. Hohoho (dush dush dush)


Potong pulak namanyaaaa. HADEQ. Pilihan warna terang dan menarik sangat memainkan peranan penting yaa :)


Then masuk bab ukur kain. Haaa. Ukur dulu amik mood.


Then potong. Tengok real size yer. Tak karut punya :)


saya potong 43CM x 29CM berbanding saiz permintaan 42CM x 28CM
yelah kang dah jahit nanti kecik pulak. Biarlah berlebih-lebih bak kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee kan...


Tattt taaraaa siap dah kain-kain yang dipotong. Bunga perlu dijahit dan butterfly perlukan sedikit hiasan. Malam ni pulun lagi. Apa-apa nanti saya rojer lagi yooo.

------------------------------------------------------------

Sesiapa ada sebarang tempahan atau pertanyaan boleh terus hubungi saya di talian 0111 4382308 untuk urusan jual beli. Lain-lain urusan saya report polis. Kikikiki.

Jumpa nanti di lain entry untuk tengok update pasal order ni yaaa. Papoy :)


Sunday 20 October 2013

UPDATE NEW ORDER - DONE

Assalaamualaikum. 
Fuuhhh. Lega Syukur Alhamdulillah siap jugak order dari NUR FASIHATUL MAT SALEH. TERIMA KASIH :)

Hanya 2 minggu masa yang diberikan untuk saya bertungkus lumus siang malam menyiapkannya. kalau nak diikutkan mmg senang je tapi saya juga mempunyai kerja tetap. Hehehe.

So, here's the list order yang dia nak :
- 100 PCS BABY PIN
- 50 PCS BOOKMARK
- 50 PCS KEYCHAINS (MIX DESIGN)
- 50 WORDS KEYCHAINS (PMRAM)
- 50 PCS FELT BROOCHES
- 10 PCS NAME KEYCHAINS

Memang saya ada bagi lebih kat beliau. Contoh baby pin beliau nak 100, saya kasi lebih dalam 10 pcs. Brooches pun ada extra. Sebab bila saya ada TERBUAT LEBIH, saya tak simpan atau buang, saya direct bagi je kat customer. Hehehe. Opss~

And all done perfectly last night. Pagi buta dah terpacak depan pos office sebab nak kena pos pagi ni jugak dan harap sampai before atau pada 23hb OCTOBER 2013

Banyak gambar order beliau yang saya dah update bila yang dah siap tu. If nak tengok, boleh klik link-link di bawah yaa. 


Haa. Rasanya itu je lah antara yang sempat update dalam busy kann. Yang mana tak sempat update tu sila lah layan gambar-gambar di bawah okay.










Sesiapa nak tempah atau tanya boleh terus hubungi 0111 4382308 - saya prefer whatsapp.

Harga boleh runding. Saya tak berkira sangat. Sikit-sikit jeee. Hehehe.

Okay dah. Jumpa di lain entry yaaa.


Friday 18 October 2013

IN THE MAKING.....

Chak ! Sebenarnya banyak yang dah siap tapi tak snap pulok gambarnya. 

Nanti snap i'll update okay. Hehe.

DESCRIPTIONS

ORDER : 50 PCS KEYCHAINS - WORDS (PMRAM)
PRICE : RM2 SETIAP SATU (BAWAH 5 HURUF)
ADD ON : 50 CENT (RM0.50) UNTUK PERTAMBAHAN SETIAP HURUF
MINIMUM ORDER : 20 PCS ONLY 
COLOR : YOU SET or I SET (EITHER ONE)

LESS THAN 20 PCS - EACH KEYCHAIN MAXIMUM 7 HURUF RM5 SETIAP SATU YA - PLEASE TAKE NOTE

and also in the making of another 50 pcs mix design keychains... itu nanti saya kasi tunjuk tayang sama u all bila dan siap okay... hahaha

Nak order untuk group atau nama boleh hubungi :
0111 4382308 - SHEERA

Okay dah update. Mekasyihhhh :)



Thursday 17 October 2013

MY HAPPY ENDING CUSTOMER

Assalaamualaikum. 
Alhamdulillah. Ni nak tayang sikit my beloved regular customer yang saya jahitkan wedding pillow untuk dia. Sumpah comel dan cute. Dia whatsapp kan gambar wedding dia yang berlangsung semalam (KHAMIS 17/10/2013)
Tahniah to Aishah dan Ridzuwan! 
Suka ! Suka ! Suka !

I'M PART OF THEIR HAPPINESS AND I'M HAPPY !

Wedding pillow ni macam yang saya beritahu dalam entry terdahulu, yang bantal ni besar dan sesuai buat bergambar. Pilihan warna pun cukup menarik.
So, sesiapa nak order boleh whatsapp atau call 0111 4382308 okay.
Sebarang soalan akan dilayan sebaik mungkin.
Terima kasih.

Klik link untuk baca entry terdahulu mengenai bantal ini

Layan gambar.....


GORGEOUS KANNNNN !


(SELAMAT PENGANTIN BARU AISHAH DAN RIDZUWAN)

Wednesday 16 October 2013

SIMPLE AND CUTE NURSING KEYCHAINS

Assalaamualaikum.
Hari ni saja nak update simple keychains order.

MUSLIMAH NURSING KEYCHAINS

HARGA :

TANPA NAMA : RM2 SETIAP SATU
DENGAN NAMA : RM3 SETIAP SATU

MINIMUM ORDER - 10 pcs sahaja ya :)

segala order atau pertanyaan boleh hubungi saya di talian 0111 4382308




antara warna-warna yang menjadi pilihan saya dan warna-warna ini merupakan warna-warna asas yang saya sediakan untuk apa jua produk kraf yang saya jahit.

bantal ke, toys ke, keychains ke atau apa jua boleh tempah dengan saya di talian di atas okay.

urusan lain saya report polis. hehehe :)

Sunday 13 October 2013

UPDATE NEW ORDER - DONE :)

Assalaamualaikum. Chak.

saja nak tayang new order dari office mate yg dah siap.









siap siap siap

seberang order atau pertanyaan sila hubungi saya di talian 0111 4382308 (saya prefer whatsapp)