Friday, 8 November 2013

OWLY TOY WITH POCKET - HOW TO

Chak ! Chak ! Chak !
Fuuhhh. Bersawang pulak blog ni lama tak hapdet.
Dan hari ni nak tunjuk macam  mana caranya nak buat owly toy with pockets dan juga ucapan. owly ni memang datang dnegan satu set bersama ucapan.
ucapan tu seperti HAPPY BIRTHDAY, HAPPY ANNIVERSARRY, I LOVE YOU ke atau apa jua lah. Dan BOLEH DITULIS NAMA. Kiranya senang lah sesiapa nak bagi hadiah ke kan.

Sesiapa nak tempah bolehlah hubungi saya di talian 0111 4382308
OWLY toy ni datang dengan dua size ya 40cm & 60cm

HARGA 
40 cm : RM40 TAK TERMASUK POSLAJU
60cm : RM60 TAK TERMAUK POSLAJU

--------------------------------------------------------------

Sekiranya adik-adik, kakak-kakak nak buat sendiri pun boleh. Di sini saya akan tayangkan cara-caranya. Sebelum tu sediakan barang-barang yang diperlukan. Antaranyaaaa :

- Arcylic Felt (warna warni) 
- Gunting
- Gam 
- Jarum dan benang
- Pita ukur
- Loose Fiber

Alright, barang dia simple je kan. So, mari mulakannn.


Potong kain segi empat tepat sebesar 30cm x 30cm. Lakarkan bentuk burung hantu mengikut saiznya. Make sure saiznya tepat kalau nak jual. Kalau nak buat suka suka, lantak laa besar mana. Haha.


Kemudian cut slow-slow ikut jejak tadi. Dan dapatlah hasilnyaaa.


Kemudian, ambil pulak kain pink terang (shock pink) dan ukurkan separuh dari badan owly. Kemudian potong. Biar lebih sikit dari saiz badan owly ya. Sebab nak dijahit dari dalam.


Next ambik pula kain berwarna orange (shock) dan buat bentuk kaki dan kepak owly. agak dalam 10-12cm panjang. Lebar dalam 4 jari.


Next move on kepada 'bulu-'bulu' pelepah di badannya. Saya pilih warna hijau pucuk pisang, merah dan kuning. Nak pastikan panjang yang betul, ukur dengan menggunakan poket pink tadi. Zig zag tu suka hati lah nak buat besar mana pun.


Haa. ni cara-caranya. Mudah. Kelebaran tu dalam 2 jari. 


Dah siap. Letakkan atas poket dan adjust saiz dia.


Jangan lupa jahitkan kaki dan kepaknya. 


Kemudian, jahitkan layer by layer atas poket. Kalau rasa susah, gamkan aja!


Sedikit hiasan pada telinga owly.


Buat bentuk mata dan hidung. If gegirl, buat lah bulu mata tu. Wink. Wink.


Almost done :)


Then, move on siap-siap dengan ucapan. Contohnya saya buat Happy birthday. Simple but make it look perfect. Hehehe.


Jahit keliling, Pusingkan. Masukkan loose fiber dannnn.


Taraaaaa. Siapkan. Poket pun siap!  Poket tak perlu gam atau jahit terus ke badan owly ya.


Alolololooo. Gebunya owly sayaaa. Warna-warni !

Okay siap. Selamat Mencuba :)

______________________________________________________

Oh ya. Iklan Jap.


SESIAPA YANG MEMERLUKAN DOORGIFT YANG SANGAT CUTE, SIMPLE DAN BERBALOI BOLEHLAH MENEMPAH CHOCOLATE SPOON SAYA !

TERDAPAT DALAM EMPAT PERISA COKLAT
- COKLAT KOKO
- COKLAT PANDAN
- COKLAT STRAWBERRY
- COKLAT PUTIH

DIBALUT DANTIK BERSAMA RIBBON. RIBBON BOLEH PILIH WARNA TEMA YANG KORANG SUKA. 

HANYA RM 0.50 SETIAP SATU DENGAN MINIMUM 100 SUDU JE !

CALL ME 0111 4382308 :)

No comments:

Post a Comment